Monday, April 16, 2012

Syukur Alhamdulillah Bengkel Solekan Pengantin Gee Cantik MERIAH dan BERJAYA...


Syukur sangat-sangat feelback yang diberikan daripada peserta memang membuatkan diri ini dihargai dan rasa syukur selesai dengan jayanya. Juga teramat berterima kasih kepada semua crew yang terlibat mahupun langsung dan tidak langsung.... Lihat paparan ringkas dan paparan sepenuhnya akan dimasukkan dalam masa 2 minggu lagi termasuk disebalik tabir.... Terima kasih...Sewaktu berlangsung...
Perserta yang terlibat

CREW yang bertugas...

Model yang berpotensi besar chika che.. :)

* Baru saja selesai bengkel kelas solekan ini. Gee Cantik di lamar untuk diterbangkan ke BINTULU... Orang Sarawak... Jangan lepaskan peluang ini. Jika jadi InsyaALLAH... kita akan sama-sama berkongsi minat dan pengalaman dan menajamkan skill anda... Pm me jika berminat 019-6456564

Monday, April 9, 2012

KELAS SOLEKAN 14 April 2012 Tinggal lagi 4 hari akan bermula...




Syukur alhamdulillah sebanyak 13 pelajar akan menjadi bakal anak didik terbaru GEE CANTIK. Segala tips dan rahsia akan diketahui oleh mereka nanti... Saksikan liputan yang akan dipaparkan dilaman blog ini nanti atau nantikan secara live update di facebook muhamad faizal(pijat_2000_my@yahoo.com) dari masa ke semasa semasa majlis berlangsung... Tak sabar rasanya bertemu mereka yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Masing-masing teruja dan meluah rasa. Untuk itu saya mengeluarkan peta di mana acara ini akan berlangsung. Semestinya Swiss Garden Hotel & Residences yang sangat selesa dan makanannya yang lazat... Jom tengok lokasikita di mana...

TEMA PAKAIAN BERSELUAR PANJANG dan JEANS DI GALAKKAN kerana memudahkan aktiviti. Skirt labuh juga boleh di pakai namun di nasihat tidak memakai pakaian yang menjolok mata... Anda akan diberikan tshirt geecantik dan wajib dipakai sewaktu berada didalam kelas kerana akan ada jurukamera akan mengiringi anda.. So pakailah cecantik ya.. :)

Wednesday, March 7, 2012

DAFTAR KELAS SOLEKAN 14 April 2012 SEGERA! Ada lagi 10 calon untuk mengisi kekosongan... Tempat Terhad... Pengambilan sekali setahun untuk event besar

PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR:
1. Mazwati Mat - Sungai Besi, Kuala lumpur. Saiz T-shirt: M (FULL PAYMENT RM550) 6.3.2012 / 26.3.2012
2. Noor Razlinawati - Sungai Petani, Kedah. Saiz T-shirt: XXXL (
FULL PAYMENT RM550) 8.3.2012 / 4.4.2012
3. Suliza Suliman (merpatiku jelita) - Seksyen 25, Shah Alam. Saiz T-shirt: M
(FULL PAYMENT RM550)14.3.2012 / 31.3.2012
4. Norashyikin Mohamad Nor (she) - Seksyen 20, Shah Alam. Saiz T-shirt: S (FULL PAYMENT RM550) 12.3.2012 / 4.2.2012
5. Norul Liana Hashim - Merlimau Melaka. Saiz T-shirt: S (Desposit RM300/550) 17.3.2012
6. Habsah Alias @ Taib - Seremban Jaya Negeri Sembilan. Saiz T-shirt: M (Deposit RM300/550) 27.3.2012
7. Norshaliza Mohamed - Taman Cheras Permata, Cheras, Selangor. Saiz T-shirt: S (FULL PAYMENT RM550) 19.3.2012 / 10.4.2012
8. Noorhayati Suhaimi (izzs Qmie) - Inanam New Township, Kota Kinabalu, Sabah. Saiz T-shirt: S (FULL PAYMENT RM550) 20.3.2012
9. Latipah Abdul Hamid - Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Saiz T-shirt: S (FULL PAYMENT RM550) 27.3.2012.
10. Juliana Alias - Kapar, Klang. Saiz T-shirt: XL (FULL PAYMENT RM550) 27.3.2012/7.4.2012
11. Nor Umaira Mohd Jamil- Kapar, Klang. Saiz T-shirt: XL (FULL PAYMENT RM550)29.3.2012/2.4.2012
12. Faraliza Hana Zainan - Masai, Johor. Saiz T-shirt: XL (FULL PAYMENT RM550)29.3.2012
13. Dygku Noorbaizura Awangku Ismail - Bukit Indah, Ampang. Selangor. Saiz T-shirt: XS (Deposit RM300/550) 10.4.2012
14. Norhasliza Abu Hassan - Present 16, Putrajaya. Saiz T-shirt: S (FULL PAYMENT RM550)10.4.2012

Antara teknik solekan yang akan diketahui rahsianya...

JENIS KURSUS: Profesional Makeup Bridal (Ekslusif untuk 15 peserta sahaja.)
JANGKA MASA: 1 Hari
Waktu: 9.00 pagi sehingga jam 6 petang
YURAN: RM550 (Makan pagi, tengah hari dan petang)


Apa yang anda akan pelajari?
  1. Teknik-teknik makeup terkini dengan penggunaan foundation KRAYOLAN - SUPRA, PAIN STICK, Dermacolor/Dermacos dan juga liquid foundation MAC. Sesi praktikal dilakukan 100% . Bermula dengan solekan asas sehinggalah kepada persiapan pengantin.
  2. Sesi praktikal yang seronok di pelajari dan lengkap dengan panduan sebenar teknik GEE CANTIK. Bagaimana mengaplikasi eyeshadow yang memukau pandangan. Tips mengubah warna eyeshadow kepada warna lain...
  3. Mempelajari tekik shading untuk pelbagai jenis muka.
  4. Teknik pemakaian bulu mata atas dan bawah serta pilihan bulu mata yang sesuai dengan rahsia mata anggun Gee Cantik. Bonus untuk maskara menggunakan alas kuku.
  5. Teknik membuat kening cantik dan menutupi kening dengan gam bulu mata.
  6. Mempelajari teknik pemakaian dan gabungan warna untuk blusher.
  7. Teknik muka glowing dengan mineralize finishing.
  8. Bonus pemakaian tudung dan juga sanggul/tatarias rambut.
  9. Teknik pemakaian tiara, cucuk sanggul dan Veil.
  10. Tips melebarkan sayap di laman sesawang dan juga PR.
SESI FOTOGRAFI BERSAMA JURUFOTO PROFESIONAL & BERTEMU DENGAN SENIOR MAKEUP ARTIST DARI GEE CANTIK DAN MUA-MUA HEBAT.

Berkemungkinan TN PICURE STUDIO akan menaja sekali lagi TEAM GEE CANTIK... Tunggu greenlight dari En. Amir. TQ

Friday, March 2, 2012

KELAS SOLEKAN PENGANTIN GEE CANTIK 2012 TELAH BERMULA. DAFTAR SEKARANG!

Yang ditunggu-tunggu kunjung tiba!
Bermulanya disini anda pasti berjaya sebagai jurusolek pengantin yang hebat. Bila? Dimana? Berapa kosnya? Berapa Hari? Jadike? Bolehke? Semuanya akan terjawab pada April 2012. Bakal melahirkan jurusolek hebat dan menjadi pelapis kepada jurusolek yang sedia ada. Yang pasti anda tahu apa yang anda mahukan... Ayuh mulakan langkah anda! Gee Cantik membantu merealisasikan impian anda....
one touch may chage everythings....

Emelkan kepada Gee: geecantik79@gmail.com.
Lengkapkan butiran peribadi anda. Terima Kasih.

Lengkapkan butiran berikut dan emelkan kepada Gee Cantik.
Nama Penuh:
NO. IC:
Umur:
Dari Butik atau perorangan:
Pengalaman Makeup:
Sudah Tahu Asas Solekan: Ya atau Tidak
Alamat penuh:
No. Telefon:
Emel:
Saiz T-SHIRT:
Kenapa ingin mengikuti kelas Gee Cantik:
Apa yang ingin dipelajari dan diperolehi dari kelas ini:

Peralatan yang perlu dibawa:
1. Alat solek
2. Towel muka dan juga pencuci muka
3. Cermin muka
4. Buku nota dan pen
5. Bawa model sendiri yang akan hadir pada pukul 2.15 petang.
(makan dan minum model ditanggung sendiri)

Jangan lupa kamera... Makanan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang disediakan... Jumpa di sana...


1. Bengkel akan diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga 6 petang. Penekanan kepada teknik solekan pengantin:
a) Socket
b) Smocky
c) Smocky Socket.
d) Shading dan pembentukan wajah
e) Kening dan lain-lain.
f) Motivasi dan persediaan.

BONUS: Teknik penggayaan rambut untuk pengantin atau bertudung.

2. Kami akan menyediakan, sijil dan makanan (sarapan pagi, tengah hari dan petang) kepada anda. Daftar sekarang dengan harga RM550 sahaja.

3. PESERTA HANYA 15 ORANG yang terpilih sahaja. Tarikh tutup 30/3/2012. Bayaran boleh dibuat melalui maybank sebelum 31/3/2012. Nama perserta akan dipaparkan kemudian. TQ

(
Maybank2u-162106706611) - Muhamad Faizal Jaafar. (Emelkan bukti pembayaran kepada kami geecantik79@gmail.com.

Kepada sesiapa yang mempunyai laptop sila bawa bersama thumdrive. TQ

Apa tunggu lagi daftar segera untuk merubah nasib anda. Mana tahu suatu hari nanti anda menjadi terkenal dan ternama. Bermula di Gee Cantik Resources anda pasti berjaya....

Thursday, March 1, 2012

FINALE - ICE ISLAMIC FASHION SHOW- Busna Pengantin Muslimah Kontemporari.

Hari yang ditunggu telah pun tiba. Staff kami Azrin dan Chi Chi masih lagi menguruskan urusan kemasan terakhir pada baju dan memastikan barang-barang yang telah disetkan dalam keadaan sempurna dan lengkap. Sememangnya harus dipuji dengan sikap dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, sangat perfect. Gee dipesan... “U fokus on makeup and we fokus on busana. So jangan kacau.” kata Chi Chi kepada Gee. Memang agak keras tapi Gee belajar dari mereka bahawa kita seharusnya saling mempercayai kepakaran dalam bidang masing-masing. Namun tidak menjejaskan perhubungan keluarga kami. Beginilah cara kami bekerja. Kami bekerja dalam suasana yang happy tapi tegas dan serius dalam melakukan sesuatu kerja penting. Menyebabkan kami berdiri seperti hari ini.
Kami sangat happy dengan kerjasama yang diberikan oleh student part 6, UiTM Lendu. Harus dipuji. Mana yang terkurang dari pihak kami harap dimaafi. Sememangnya kami inginkan yang terbaik dan membantu anda juga. Dari permulaan pemilihan model dilakukan sehingga test catwalk dan dididik oleh Azrin, Chi Chi dan juga Gee sendiri. Pengalaman kami akhirnya berbaloi dengan hasil catwalk dari pelajar mendapat perhatian masyarakat yang datang pada hari itu.
Bermula dari jam 1 petang kami sudah pun mendapat bilik penginapan. TEAM GEE CANTIK memulakan langkah untuk makeover. Tapi sayang biliknya agak sempit sedikit namun kami bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kami. Sekurang-kurangnya dapat juga tempat untuk bersiap. Pengalaman berharga bagi kedua-dua belah pihak iaitu dari jurumakeup dan juga model sendiri. Masing-masing bekerja dalam mengejar masa dan ini merupakan pengalaman pertama untuk makeup artist untuk project runway. Kesemua makeup artist di guide oleh Gee Cantik sendiri berdasarkan tema dan konsep. Glitters menjadi pilihan untuk solekan agar mata berkilau tidak kalah dengan baju kami yang berkilau dek sinaran sportlight yang berada di pentas nanti. Terimah kasih kepada TN PESONA STUDIO yang sudi menaja program kami itu. En. Amir (019-6552022).. sememangnya hasil kerja anada memang terbaik. TQ so much.
Setelah selesai kami melakukan sesi latihan sebelum majlis bermula pada jam 8 malam nanti. Petang itu hujan sedikit renyai namun tidak mematahkan semangat kami untuk melakukan tugasan seterusnya iaitu tugasan menyiapkan rambut sanggul untuk tudung. Bermula jam 6, kami model dari gee cantik terus mengatur susunan dan langkah. Juga tip diberikan kepada Siti Safura untuk finale catwalk.

Jam 8.30 tepat maka bermulalah pertunjukkan malam kemuncak iaitu pengisiannya dibarisi dengan para penyanyi NORA dan AISYAH. Pertunjukkan Fesyen bermula dengan Ita Baharom, Gobok Butik, Wiwin butik seterusnya Butik Gee Cantik dan terakir Gee dah lupa dah sapa. :) Nafas mula berombak kencang apabila butik masing-masing di pertontonkan. Dan giliran Gee Cantik pun bermula. Adengan di belakang pentas memang agak busy dengan keletah dan juga model-model. Sempat mengajar teknik double twist and smart turn kepada Siti Safura.

Dia berlatih bersungguh dan Gee mahukan dia lakukan untuk finale baju itu. “Safura... Gee nak Safura lakukan double twist and turn untuk runway. Sebab u adalah kemuncak” beritahu Gee serius. Safura cba dan akhirnya berjaya berlatih dalam masa agak singkat. Dan dia berkata “INYSYALLLAH GEE.” “ I nak u buat jugak Safura. jatuh pun takpe”. Pesan Gee kepada Safura. Akhirnya Safura mengangguk setuju...

Sampai masa untuk runway masing-masing diberikan coklat sedikit kerana untuk mendapatkan energy. Sorak sorai dari penonton tidak boleh digambarkan betapa gamatnya suasana malam itu dengan kehadiran model pertama di tengah stage utama. Sempat Gee berpesan. Kamu adalah yang terbaik dari kalangan yang terbaik. That why we choose u...
Seorang demi seorang bejaya memukau pandangan penonton yang menonton. Sorakan dan tepukan saling berganti. Sehinggalah kepada finale, Sha model baru yang bersemangat tinggi keluar dengan baju yang berkilau dan akhirnya Siti Safura keluar dengan catwalk double twist and turn. Tepukan berganda kepada Safura kerana berjaya melakukannya dengan kemas. kain yang dilibas bertebaran seperti payung. Kemas sangat suka dengan pengalaman yang u ada disitulah meletakkan kamu seorang yang profesional.

Tahniah kepada semua model. TEAM GEE CANTIK sangat berpuas hati dengan usaha yang dilakukan. Kesemua tiada kekurangan kerana masing-masing ada kekuatan tersendiri. Model lelaki kami sangat bagus. Hensem and sweet. Dan kalau ada job kita panggil lagi k. Tapi awas jaga badan... :) Kehadiran Gee dan Azrin di atas pentas meyebabkan susana Mall di Padang Pahlawan itu seolah-olah MALAYSIA menang piala Thomas... huhuh Rasa sangat dihargai dan kami akan jadikan setiap tepukan dan 2 thumb anda itusebagai pembakar semangat untuk kami berkembang pesat lagi... Terima aksih kepada terlibat terutama media dan Uitm.

Monday, February 27, 2012

THE MAKING OF: ISLAMIC FASHION SHOW (ICE Islamic Communication Exhibition)- BUTIK GEE CANTIK MASJID TANAH MELAKA.

Memang tidak diduga telah dijemput untuk melunaskan hasrat dari anjuran pelajar tahun akhir komunikasi... Untuk menyertai fashion show Islamik. (ICE Islamic Communication Exhibition 2012). Ramai media yang hadir pada hari itu terutama Metro, Karangkraf, Gua.com, majalah dan ramai lagi. Gee Cantik Bridal House salah satu peserta dari 5 peserta yang dipilih berdasarkan kepesatan dan perkembangan industri fashion dan busana pengantin. Majlis tersebut telah diadakan di Dataran Pahlawan pada 26 Februari 2012. Jam 8 malam dengan gilang-gemilang. Diserikan lagi dengan kehadiran persembahan NORA dan juga Aishah yang memukau peminat Negeri Melaka. Ingin juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penganjur, juga kepada model,model, makeup artis, CHICHI MELAKA, ZAI, ZIKRI, MOI, AMIR, GEE SENDIRI DAN JUGA AZRIN, photographer rasmi untuk Butik Gee Cantik Bridal House TN PESONA STUDIO (019-6552022). Pemilihannya berdasarkan kretiria yang harus dipuji. Juga kepada semua AJK seperti BUBU, HAQIMI and friends. Berikut adalah gambaran belakang tabir sewaktu menyiapkan model-model. Ct Safura merupakan salah seorang model Gee Cantik. Dia diberitanggungjawab untuk memperagakan baju finale kami berwarna krim kehijauan. Pengalaman memakeover safura tidak pernah mengecewakan. Muka selepas makeup memang cantik.
Moi dan ChiChi Melaka memang bertungkus lumu. Masing masing diberitanggungjawab untuk menyiapkan the balck swan dan juga elegan gown. Solekan mantap mereka memukau semua yang hadir.
Moi sangat happy bekerja sama dengan semua. Pengalamannya itu dirasakan sangat berharga.
Sorang lagi anak didik Gee, Zikri... diberitanggungjawab untuk menyiapkan model paling tinggi yang dipanggil model high fashion. Ketinggian dan lenggok badannya seperti high fashion model. So great. I like the glitters color tapi hati-hati kalau tak satu muka glitters... :)
Sememangnya sangat gedevass.... solekan Amir kali ini sangat menjadi cantik dan kemas... :)
Suasana dari sudut atas. Kami berkongsi bilik dengan cahaya yang semakin mendung...
Zai salah seorang jurusolek asenior Gee Cantik. Pengalamannya tidk boleh dipertikaikan... Love ur work to.... Nantikan pic yang menarik dari event itu nanti... :)

Thursday, February 23, 2012

GEE CANTIK akan ke ISLAMIC COMMUNICATION EXHIBITION - MENYERTAI FASHION SHOW UNTUK BUSANA PENGANTIN KONTEMPORARI ISLAM.

Syukur alhamdulillah Butik Gee Cantik telah dipilih oleh ICE untuk menyertai program yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan Melaka. Bermula pada 25 -26 Februari 2012. Gee cantik mengenengahkan BUSANA PENGANTIN MUSLIMAH KONTEMPORARI bagi memenuhi peminat butik gee cantik. Saya amat berbesar hati dan buat pertama kalinya membariskan 7 model untuk perempuan dan 5 model untuk lelaki dipertaruhkan. Rasa bersemangat kerana dibantu oleh Chi Chi dan semua staff Gee Cantik. Kali ini rekaan Azrin Hashim akan berada di pentas peragaan dengan temanya tersendiri untuk Gee Cantik Bridal House. Nantikan kami pada hari ahad berlangsung jam 8 malam di Dataran Pahlawan Melaka Mega Mall.

Yang menarik kami ditaja oleh
TN Pesona Studio terpilih sebagai jurugambar rasmi untuk Butik Gee Cantik Bridal House. Bermula dari persiapan dan seterusnya sehingga majlis berlangsung. Pemilihan ini dibuat berdasarkan repotasi TN PESONA STUDIO yang baik dan kebetulan ada di Negeri Melaka. Hasil gambarnya yang baik dan berbaloi. So bakal pengantin bolehlah menghubunginya untuk mengabadikan gambar kenangan yang penuh bermakna untuk merealisasikan majlis perkahwinan anda. http://www.facebook.com/#!/pages/TN-Pesona-Studio/170207973021512Malam tersebut bukan sahaja Gee Cantik malah bersama dengan pereka terkenal tanah air seperti Ita Baharom, Shiela Mohamad, Wiwin, Gobok pengantin dan ramai lagi. Terdapat persembahan artis iaitu NORA, WARDINA SAFIYYAH, AISHAH dan STEAVE THORNTON.

Jom ke Dataran Pahlawan 26/2/2012 jam 8 malam bagi menyokong Butik Gee Cantik Bridal House bagi pertunjukan Fesyen Pengantin Muslimah sempena ICE 2012 (Islamic Communication Exhibition 2012).

Sunday, February 5, 2012

Nurasyikin Hj. Ali Hassan imbasan erra fazira, Tanjung Kling, Melaka.


Setelah kakaknya Mazni mendapat sentuhan Gee Cantik kini tiba giliran Nurasyikin yang lebih mesra dengan panggilan Syikin tidak sabar untuk melakukan makeover dari sentuhan emas Gee. Booking dari tahun lepas memang berbaloi dengan penantian dan berpuas hati dengan solekan Gee. Katanya setelah di makeoer ada sedikit imbasan Erra Fazira. Kat mana imbasannya om kita lihat....
Majlis yang berlangsung di Bukit Darat pada 12 Rabiul Awal 1433 H bersamaan hari Sabtu dan ahad pada 4 dan 5 Februari 2012. Majlis yang berlangsung di kediaman ibu bapanya itu berlangsung dengan penuh meriah. Petang itu, Gee bersama anak didik yang baru iaitu Amir melakukan tugasan seperti biasa. Kami disambut mesra dan sempat bersembang ringkas bersama Mazni yang baru 2 bulan melahirkan seorang bayi lelaki. Dalam kegembiraan menyambut orang baru berganda pula dengan kemeriahan dengan majlis perkahwinan yang berlangsung dengan bertemakan purple dan krim...

Makeover Syikin bukanlah sukar namun ketelitian pada mata darah kacukan cina itu harus dilakukan dengan penuh hati-hati kerana Syikin mahukan solekan simple untuk akad nikah. Gee menggunakan eye base luna, kemudian nylon, lala, coklat, expensive pink, star rocket dan sedikit hitam. Teknik blend dilakukan sedikit demi sedikit bagi menampil mata yang menawan dan yang paling penting base faundation mesti mampan dan berseri...Kalau dilihat dari sudut hadapan memang tidak begitu ketara tetapi jika sudut pandang tepi mungkin ada sedikit imbasan Erra Fazira disitu. Cantikkan..
Di majlis persandingannya pula Gee menggunakan warna yang sedikit berat berbanding nikah agar matanya lebih menonjol dan tidak kalah dengan blink-blink warna bajunya. Rambut yang digayakan simple juga memperlihatkan sederhana dan tidak melampau.
Syukur Alhamdulillah Syikin berpuas hati dengan solekannya. Membuatkan hati Gee senang bekerjasama dengan famili mereka. Tahniah buat anda sekeluarga. Tidak lupa juga kepada juru photo yang sporting.... Leprikon Pictures. Nice picture and so creative... Sesiapa yang inginkan khidmat leprikon bolehlah menghubungi beliau di http://www.facebook.com/LeprikonPictures. 012-5358776. Lastly untuk pengantin yang cumel dan pasangannya Selamat Pengatin Baru dari Team Gee Cantik!... :)Thank You So much...